Wednesday 7 May 2014

~ Panduan Pembajaan Lada dan Kekurangan Nutrien~

Pengenalan


Pembajaan merupakan amalan pertanian yang penting dalam penanaman lada hitam. Pembajaan yang dilakukan secara sistematik mengikut jenis baja, kadar, kekerapan dan masa pembajaan yang sesuai akan menjamin keperluan nutrien pokok yang mencukupi dan memberikan pokok yang sihat dan hasil yang tinggi di samping memelihara kesuburan tanah.

Penggunaan Dolomite dan Pembajaan Organik

Dalam penanaman lada hitam penggunaan dolomite dan baja organik adalah penting untuk membantu meningkatkan status kalsium dan magnesium dalam pokok dan juga mengurangan kemasaman tanah, memperbaiki struktur tanah, meningkatkan kapasiti kandungan air dan simpanan nutrient dalam tanah. Kadar pembajaan dolomite dan organic yang disyorkan adalah seperti berikut:-

  • 1.0kg dolomite sepokok digunakan sebelum menanam dan 0.5kg sepokok setiap tahun pada tahun kedua dan berikutnya.
  • 2.0 – 5.0kg baja organic diperlukan untuk sepokok setiap tahun.

Kaedah Pembajaan Pokok Lada Belum Matang

Cara pembajaan yang betul ialah dengan membuat lubang cetek. Baja dibubuh ke dalam lubang cetek berkenaan dan ditutup semula.


Kadar dan Kekerapan Membaja  Pokok Belum Matang


 Kaedah Pembajaan Pokok Matang

Pembajaan yang sesuai dilakukan adalah dengan membuat lubang cetek (elakkan daripada terkena akar ) disekeliling pokok. Lubang tersebut ditutup semula bagi mengelakkan baja daripada hakisan tanah. Manakala 0.5kg dolomite ditabur dipermukaan tanah di bawah naungan daun pokok lada sebulan sebelum pembajaan dilakukan. 

 Kadar Kekerapan Membaja Pokok Matang



~Amalan Agronomik & Kultura~

     1.       Penyediaan Benih Tanaman

     ·         Memilih Pokok Induk

Pokok induk dari mana keratin diambil mestilah:-

# Pokok induk varieti yang disyorkan
# Sihat dan tumbuh subur
# Bebas daripada penyakit, kekurangan nutrient dan
# Pokok muda yang berumur 1 – 2 tahun

      ·         Penyediaan Keratan

Keratan diambil daripada pokok induk yang mempunyai 4 – 6 buku. Keratan boleh terus di tanam di ladang pada musim hujan atau terlebih dahulu ditanam dalam polibeg selama 2 – 3 bulan.









2.       Jarak Tanaman

Jarak tanaman yang disyorkan ialah 1.8m x 2.4m jika ditanam di tanah rata; 2.0m x 2.4m jika Arachis Pintoi ditanam sebagai penutup bumi.

    3.       Tiang Sokongan

Disebabkan pokok lada hitam hidup menjalar maka tiang sokongan perlu disediakan. Kayu belian ( di Sarawak ) atau kayu keras lain digunakan. Alternative lain ialah kayu hidup seperti Gliricidia dan Dedap.               


    4.       Penanaman Di Ladang

Sebelum menanam anak benih diladang, busut (bakut) setinggit 20 cm dan lebar 50 cm disediakan bertujuan untuk menggembur tanah serta membuang akar dan tunggul kayu.

Dolomite sebanyak 1.0kg ditabur atas busut memperbaiki tanah berasid dan membekal magnesium dan kalsium. Kerja menanam boleh dimulakan selepas sebulan dolomite ditabur.

Masa yang sesuai ialah antara bulan Oktober – Disember sehingga  Mac ( musim landas ). Tiga buku bahagian bawah ditanam dalam lubang dengan kecondongan 20 – 35 darjah. Buku yang ke empat dan lima dibiarkan di permukaan tanah. Anak benih yang baru ditanam mesti dilindung.

    Langkah-langkah penanaman lada di ladang


5. Pengurusan Pokok Belum Matang

Pemangkasan

Pemangkasan dibuat bertujuan untuk menghasilkan konopi daun yang tebal dan baik (uniform) yang menutup sepanjang tiang sokongan dalam masa 20-24 bulan selepas ditanam.

Pemangkasan pertama dibuat pada 6-8 bulan selepas ditanam. Akar pertama (terminal shoots) dicantas kepada 30cm daripada permukaan tanah. Pencatasan kedua dibuat 12-14 bulan selepas ditanam apabila pokok lada sudah tumbuh sehingga setengah ketinggian tiang sokongan. Hanya 3 akar yang baik dibiarkan tumbuh. Pencantasan ketiga dibuat apabila akar (terminal shoots) sudah tumbuh sehingga ke paras atas tiang sokongan.

Semua akar-akar dan pucuk-pucuk tidak digunakan hendaklah dibuang.

6. Pengurusan Tiang Sokongan

Jika pokok lada diajar hidup menjalar pada tiang sokongan hidup, ketinggian 2 meter adalah disyorkan. Tiang sokongan hidup digalakkan tumbuh satu batang sahaja dengan mempunyai daun-daun di atas.

7. Pembajaan

Pembajaan Peringkat Tumbesaran

Untuk pokok yang belum matang kekerapan dan jumlah baja digunakan adalah berikut:


Pembajaan Peringkat Penghasil

Untuk pengeluaran bunga dan buah baja ditabur dibawah konopi. Kekerapan dan jumlah baja digunakan adalah seperti berikut :-


8. Kawalan Rumpai

Merumput secara manual

Menanam rumput penutup bumi seperti “Arachis Pintoi”  untuk:

  • Mengurangkan hakisan tanah
  • Mengekalkan struktur tanah
  • Membekalkan nitrat dan
  • Memperlahankan jangkitan penyakit buruk akar



Tuesday 6 May 2014

~Panduan Penanaman Lada~

      Ø  Varieti Lada

Terdapat tiga vareiti yang disyorkan untuk ditanam iaitu Kuching, Semenggok Emas dan Semenggok Aman. Semenggok Emas dan Semenggok Aman mempunyai sagaran buah lebat dan panjang, buah masak lebih seragam dan lebih toleren kepada penyakit reput akar phytopthora, penyakit black berry dan serangan kumbang belalai (pepper weevil)


  Ø  Kesesuaian Tanah

Lada hitam sesuai ditanam di pelbagai jenis dan permukaan tanah. Bagaimanapun, bekas tanaman getah TIDAK disyorkan disebabkan penyakit akar putih (white root disease) kerap berlaku. Tanah paling sesuai ialah tanah liat berpasir berwarna kuning merah (red yellow podzolic soil)  dengan PH tanah antara 5.0 - 6.0. Tanah berpasir. keranggas dan gambut juga tidak sesuai.

                                                           

  Ø  Saliran

Sistem saliran yang baik adalah penting untuk mengalirkan air berlebihan di ladang. Teres perlu dibuat jika kecuraman melebihi 40 darjah. 
    


                                                   






Monday 5 May 2014

~Lada Hitam~

~ Lada Hitam ~


Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya, yang dikenali sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter, merah gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti semua drupes , mengandungi satu benih. Biji lada hitam dan serbuk lada hitam yang dihasilkan darinya, boleh digambarkan hanya sebagai lada, atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam (buah matang masak dan kering), lada hijau (buah matang kering) dan lada putih (benih masak kering).


Fail:Piper nigrum - Köhler–s Medizinal-Pflanzen-107.jpg


Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan boleh didapati di sana dan di kawasan tropika yang lain. Pada masa ini, Vietnam adalah pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia, menghasilkan 34% daripada tanaman dunia pada tahun 2008.
Lada kering yang dikisar telah digunakan sejak zaman purbakala untuk kedua-dua citarasa dan sebagai ubat. Lada hitam adalah rempah di dunia yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia yang moden ini, sering berpasangan dengan garam.

 Fail:Pfeffer-Gewürz.jpg

Pengeluar terbesar lada hitam adalah Brazil, India, Indonesia, Malaysia, dan Vietnam. Di Malaysia, ia dibantu oleh Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH), Lembaga Lada Hitam Malaysia (MPB) 1 Jan 2007.

Selain itu, lada hitam merupakan rempah yang digunakan dengan meluar di dunia, ialah tumbuhan tropika hidup menjalar Piper Nigrum L.. Pada peringkat awal buah berwarna hijau muda dan lembut. Warna kulit buah akan bertukar kuning dan merah apabila masak. Untuk diproses menjadi lada hitam buah dijemur dibawah matahari selama 3 - 4  hari. Untuk diproses menjadi lada putih buah yang masak direndam selama 15 hari, dibersihkan dan juga dijemur selama 3 - 4 hari. 


Malaysia adalah antara negara pengeluar terbesar di dunia. Lebih dari 98% pengeluaran lada Malaysia adalah dari Sarawak dimana kira-kira 70,000 pekebun kecil terlibat dalam penanaman lada hitam dengan purata saiz kebun 0.2 hektar. Pada masa ini kawasan yang ditanam dianggarkan 13,000 hektar.