Wednesday 7 May 2014

~Amalan Agronomik & Kultura~

     1.       Penyediaan Benih Tanaman

     ·         Memilih Pokok Induk

Pokok induk dari mana keratin diambil mestilah:-

# Pokok induk varieti yang disyorkan
# Sihat dan tumbuh subur
# Bebas daripada penyakit, kekurangan nutrient dan
# Pokok muda yang berumur 1 – 2 tahun

      ·         Penyediaan Keratan

Keratan diambil daripada pokok induk yang mempunyai 4 – 6 buku. Keratan boleh terus di tanam di ladang pada musim hujan atau terlebih dahulu ditanam dalam polibeg selama 2 – 3 bulan.









2.       Jarak Tanaman

Jarak tanaman yang disyorkan ialah 1.8m x 2.4m jika ditanam di tanah rata; 2.0m x 2.4m jika Arachis Pintoi ditanam sebagai penutup bumi.

    3.       Tiang Sokongan

Disebabkan pokok lada hitam hidup menjalar maka tiang sokongan perlu disediakan. Kayu belian ( di Sarawak ) atau kayu keras lain digunakan. Alternative lain ialah kayu hidup seperti Gliricidia dan Dedap.               


    4.       Penanaman Di Ladang

Sebelum menanam anak benih diladang, busut (bakut) setinggit 20 cm dan lebar 50 cm disediakan bertujuan untuk menggembur tanah serta membuang akar dan tunggul kayu.

Dolomite sebanyak 1.0kg ditabur atas busut memperbaiki tanah berasid dan membekal magnesium dan kalsium. Kerja menanam boleh dimulakan selepas sebulan dolomite ditabur.

Masa yang sesuai ialah antara bulan Oktober – Disember sehingga  Mac ( musim landas ). Tiga buku bahagian bawah ditanam dalam lubang dengan kecondongan 20 – 35 darjah. Buku yang ke empat dan lima dibiarkan di permukaan tanah. Anak benih yang baru ditanam mesti dilindung.

    Langkah-langkah penanaman lada di ladang


5. Pengurusan Pokok Belum Matang

Pemangkasan

Pemangkasan dibuat bertujuan untuk menghasilkan konopi daun yang tebal dan baik (uniform) yang menutup sepanjang tiang sokongan dalam masa 20-24 bulan selepas ditanam.

Pemangkasan pertama dibuat pada 6-8 bulan selepas ditanam. Akar pertama (terminal shoots) dicantas kepada 30cm daripada permukaan tanah. Pencatasan kedua dibuat 12-14 bulan selepas ditanam apabila pokok lada sudah tumbuh sehingga setengah ketinggian tiang sokongan. Hanya 3 akar yang baik dibiarkan tumbuh. Pencantasan ketiga dibuat apabila akar (terminal shoots) sudah tumbuh sehingga ke paras atas tiang sokongan.

Semua akar-akar dan pucuk-pucuk tidak digunakan hendaklah dibuang.

6. Pengurusan Tiang Sokongan

Jika pokok lada diajar hidup menjalar pada tiang sokongan hidup, ketinggian 2 meter adalah disyorkan. Tiang sokongan hidup digalakkan tumbuh satu batang sahaja dengan mempunyai daun-daun di atas.

7. Pembajaan

Pembajaan Peringkat Tumbesaran

Untuk pokok yang belum matang kekerapan dan jumlah baja digunakan adalah berikut:


Pembajaan Peringkat Penghasil

Untuk pengeluaran bunga dan buah baja ditabur dibawah konopi. Kekerapan dan jumlah baja digunakan adalah seperti berikut :-


8. Kawalan Rumpai

Merumput secara manual

Menanam rumput penutup bumi seperti “Arachis Pintoi”  untuk:

  • Mengurangkan hakisan tanah
  • Mengekalkan struktur tanah
  • Membekalkan nitrat dan
  • Memperlahankan jangkitan penyakit buruk akar



No comments:

Post a Comment